RASMI: Bantuan Awal Persekolahan Sebanyak RM100 (BAP)

TARIKH%2BPEMBAYARAN%2Bi LESTARI%2BKWSP%2BAKAN%2BDIKREDITKAN%2BMULAI%2B2%2BFEBRUARI%2B2021%2BSECARA%2BBERPERINGKAT%2B%25284%2529

Sejak permulaan 2012 pada setiap awal tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan Bantuan One-Off kepada pelajar yang bersekolah rendah dan menengah sahaja.


image

Dapatkan info bantuan terkini di channel telegram rasmi: https://t.me/laporanmediasemasa

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan tersebut telah diperkenalkan mulai 2012 lagi, hal ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang di tanggung oleh ibu bapa sendiri ataupun penjaga terutamanya pada awal tahun.

Jumlah Bantuan

Jumlah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ialah sebanyak RM100 untuk setiap orang. Pembayaran akan dilaksanakan secara One-Off sahaja.

Justeru, jika anda memiliki seramai 4 orang anak dan menepati syarat-syarat kelayakan yang dikenakan, anda akan bakal menerima bantuan tersebut sebanyak RM400 untuk 4 orang anak.

BACA JUGA: RASMI: 150,000 Pelajar Sekolah Terima Bantuan Laptop Dan Tablet Bermula Februari 2021 Ini

Syarat-syarat Kelayakan

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria yang berikut:

1. Pendapatan kasar bulanan isi rumah / ibu bapa murid hanyalah sebanyak RM3000 dan ke bawah sahaja mengikut tahun semasa.

2. Murid mestilah warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan oleh JPN)

3. Bantuan ini akan diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekoalah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

BACA JUGA: PERMAI: Pakej Bantaun Data Khas Bagi Calon SPM, STPM & Pelajar IPT ~ Hanya RM20/Bulan Untuk 15GB


Bantuan ini akan diberikan kepada anak-anak yang bersekolah kerajaan dari:

Sekolah Rendah
  • Darjah 1
  • Darjah 2
  • Darjah 3
  • Darjah 4 
  • Darjah 5
  • Darjah 6

Sekolah Menengah
  • Tingkatan 1
  • Tingkatan 2
  • TIngkatan 3
  • Tingkatan 4
  • Tingkatan 5

BACA JUGA: [BPR 2021] Kemaskini & Cara Untuk Melakukan Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat Akan Dibuka Pada 15 Januari sehingga 15 Februari 2021


Cara Untuk Melakukan Permohonan BAP

Ibu Bapa atau murid tidak perlu melakukan sebarang permohonan BAP ini kerana pihak sekolah akan mengeluarkan senarai nama murid yang layak sahaja.

Murid yang layak tersebut akan menerima borang dan ibu bapa perlu mengisi borang tersebut. Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan ini akan terus dikreditkan ke akaun penerima ataupun secara tunai.

PERHATIAN !
Kepada ibu bapa yang berfirasat bahawa anak mereka layak untuk menerima bantuan BAP tersebut tetapi nama anak mereka tiada tersenarai di dalam senarai yang dikeluarkan oleh pihak sekolah, hal ini demikianlah anda perlu rujuk kepada guru kelas anak anda ataupun pihak sekolah tersebut.

Leave a Comment