Program Rebat Bil Elektrik RM40 2024 : Semak Syarat Kelayakan

Program Rebat Bil Elektrik RM40 : Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan antaranya ialah Rebat Bil Elektrik RM40.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah pemberian rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Ini adalah maklumat lanjut berkenaan insentif tersebut.

Program Rebat Bil Elektrik RM40

Untuk pengetahuan anda, di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan. Program bantuan Kerajaan secara bersasar ini akan diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar sahaja yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.

Oleh itu, pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga maksimum RM40 setiap bulan.

Baca Juga:

Syarat Kelayakan Program Rebat Bil Elektrik RM40

  • Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih;
  • Pendapatan bagi miskin tegar adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi;
  • Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
  • Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar);
  • Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil sebelum tarikh KIR mengemas kini maklumat akaun elektrik;
  • Rebat RM40 hanya terpakai bagi tunggakan pada satu tahun sebelumnya sahaja (bagi tahun 2024, hanya tunggakan bermula 31 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 sahaja).

Dimaklumkan bahawa, mulai 1 Februari 2021, sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada Julai 2020 dalam penentuan status kemiskinan terkini. Dalam hal ini, pendapatan purata nasional miskin tegar adalah sebanyak RM1,169.

Semakan Kelayakan Program Rebat Bil Elektrik RM40

Semakan kelayakan program ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Semakan Rebat Bil Elektrik, Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam.

Dalam pada itu, pengguna hanya boleh mendaftarkan 1 akaun bil elektrik sahaja pada satu-satu masa.

Bagi maklumat lanjut berkenaan program ini, pengguna boleh menghubungi talian hotline MyGCC, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Maklumat Lanjut

Maklumat lebih lengkap dan semakan juga boleh didapati di Portal Semakan Rebat Bil Elektrik – DI SINI.

Join Channel Whatsapp LMS 1
Program Rebat Bil Elektrik RM40 2024 : Semak Syarat Kelayakan 4

Leave a Comment