Program Jana Niaga MARA SHOPEE 2021 ~ Tarikh Tutup Permohonan 5 Mac 2021

Baucer%2BKedai%2BBernilai%2BSebanyak%2BRm400.00%2BKredit%2BIklan%2BBernilai%2BSebanyak%2BRM400.00

image

Pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengajak usahawan Bumiputera yang berminat bagi mengikuti program pemasaran secara digital di platform e-dagang shopee tersebut. Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda berkenaan tentang Program Jana Niaga MARA SHOPEE tersebut kepada anda. Ikuti perkongsian kami di bawah:

Pengenalan Program

Program Jana Niaga MARA Shopee adalah inisiatif MARA bagi membantu ahli usahawan Bumiputera tersebut untuk melakukan pemasaran produk secara di atas talian.

Seterusnya, Program Jana Niaga MARA Shopee tersebut akan berjalan selama 6 bulan merangkumi latihan keusahawanan secara online, geran baucer kedai dan kredit iklan (one-off sahaja), bimbingan serta pemantauan.

Kepada E-kedai usahawan yang telah berjaya akan dimasukkan ke dalam Mall Jana Niaga MARA untuk menerima Baucer kedai berserta dengan kredit iklan.

Untuk E-Mall Jana Niaga MARA juga pula menawarkan baucer diskaun serta baucer free shipping kepada si pembeli. Link E-Mall Jana Niaga MARA: KLIK DI SINI

Yuran komitmen bagi penyertaan program tersebut adalah sebanyak RM100.00.

Tarikh tutup permohonan: 5 Mac 2021 (Jumaat)



Syarat & Kriteria Permohonan

Permohonan tersebut akan terbuka kepada semua pemohon yang menepati syarat kelayakan seperti yang berikut:

– Usahawan Bumiputera
– Syarikat yang telah berdaftar di SSM/PBT (Sabah & Sarawak)
– Mempunyai e-kedai di shopee dan telah beroperasi melebihi 6 bulan
– Mempunyai 5 SKU produk dan ke atas di e-kedai shopee
– Usahawan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh MARA dan Shopee dari masa ke semasa

Kelebihan menyertai Program Tersebut

Kepada sesiapa yang berminat serta menepati syarat dan kriteria seperti yang telah dinyatakan, jangan lepaskan peluang emas ini! Anda akan menikmati beberapa manfaat seperti:

– Webinar Latihan Keusahawan
– Baucer Kedai Bernilai Sebanyak Rm400.00
– Kredit Iklan Bernilai Sebanyak RM400.00


Bagaimana cara untuk memohon?

Kepada usahawan yang berminat, anda boleh melakukan permohonan di link berikut:

KLIK DI SINI atau scan QR Code di poster iklan

Seterusnya, permohonan usahawan akan diproses oleh Pejabat Mara Negeri (PMN) dan usahawan akan dihubungi oleh PMN. Hanya usahawan yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh Pejabat Mara Negeri (PMN) yang berdekatan dengan anda. Usahawan yang tidak dihubungi oleh MARA dalam masa 3 bulan, permohonan di anggap TIDAK BERJAYA.

Borang permohonan akan dibuka bermula pada 22.2.2021 (Isnin) jam 10:00 pagi sehingga 5.3.2021 (Jumaat) jam 5:00 petang.

image

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Infrastruktur Komersial MARA:

1. Mohamad Fahriz – 03-26134324 / 013-8835533
2. Mohd Yazid – 03-26134328 / 018-2119793
3. Hazila – 03-26134818 / 019-9174495

Leave a Comment