Program Daya Kerjaya 2.0 : Permohonan Insentif RM1500 Sebulan

Program Daya Kerjaya 2.0 diperkenalkan secara umum untuk meningkatkan peluang pekerjaan bagi golongan OKU, Bekas Banduan dan Warga Emas.

Ianya adalah skim sokongan pekerjaan dimana insentif penggajian sebanyak RM1,500 sebulan selama 6 bulan untuk setiap pekerjaan yang diambil oleh sektor swasta dan GLC/GLIC yang menawarkan pekerjaan kepada golongan mudah terjejas bermula 31 Disember 2023.

Pengenalan Program Daya Kerjaya 2.0

Program Daya Kerjaya 2.0 merupakan Skim Sokongan Pekerjaan di Sektor Swasta dan GLC (Government – Linked Companies) serta GLIC (Government – Linked Investment Companies) merupakan satu insentif penggajian di bawah Belanjawan 2024 yang diberikan kepada majikan bagi permohonan yang dilakukan mulai 10 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024.

Program ini membabitkan penempatan pekerjaan bagi kumpulan sasar dalam kalangan golongan mudah terjejas seperti Orang Kurang Upaya (OKU), bekas banduan, pesara dan warga emas mendapatkan pekerjaan dan gaji dengan nilai yang lebih tinggi.

Insentif khas ini adalah sebanyak RM1,500 sebulan selama 6 bulan untuk majikan yang mengambil pekerja daripada kumpulan sasar ini.

Tarikh Permohonan Program Daya Kerjaya 2.0

Program Daya Kerjaya 2.0
Program Daya Kerjaya 2.0 : Permohonan Insentif RM1500 Sebulan 5
  • Tarikh permohonan dibuka : 10 Januari 2024
  • Tarikh tutup permohonan : 31 Disember 2024

Baca Juga :

Syarat Permohonan Program Daya Kerjaya 2.0

Berikut merupakan syarat-syarat tambahan yang perlu dipenuhi oleh majikan untuk membolehkan mereka mendapat insentif yang ditawarkan melalui skim ini:

  • Majikan hendaklah telah berdaftar atau mencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) semasa permohonan dilakukan.
  • Majikan atau perusahaan hendaklah telah berdaftar dengan SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan semasa permohonan dilakukan.
  • Majikan hendaklah mengiklankan jawatan dan melengkapkan profil majikan di Portal MYFutureJobs.

Cara Mohon Program Daya Kerjaya 2.0

Majikan yang berminat untuk memohon insentif Daya Kerjaya 2.0 yang ditawarkan ini boleh berbuat demikian melalui laman web https://kerjayamadani.perkeso.gov.my/

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat berhubung skim ini, sila rujuk saluran berikut:

Facebook PERKESO : Pertubuhan Keselamatan Sosial
Laman web rasmi perkeso.gov.my

Join Channel Whatsapp LMS 1
Program Daya Kerjaya 2.0 : Permohonan Insentif RM1500 Sebulan 6

Leave a Comment