Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Tahun 2024

Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Tahun 2024

Kerajaan Melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad bersetuju akan meneruskan lagi bantuan projek bina rumah yang diberikan khas kepada golongan B40 & M40 yang layak dengan memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

Rumah Mesra Rakyat (RMR) memperuntukkan sebuah rumah yang bernilai RM75,000 sehingga RM85,000. Dengan memfokuskan kepada golongan yang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan, sebanyak lebih 58,000 buah rumah telah berjaya disiapkan selama tempoh bantuan ini dilaksanakan.

TENGAH TRENDING:———————–

—————————————————-

Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2024

Buat makluman anda, RMR diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang tiada tempat tinggal atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina kediaman sendiri yang sempurna dan selesa.

Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 serta pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di seperti di bawah:

Ciri-Ciri Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2024

Harga untuk setiap tempat adalah berbeza tetapi konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat yang telah dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga RMR mengikut tempat:

Harga untuk setiap tempat adalah berbeza tetapi konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat yang telah dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga RMR mengikut tempat:

Semenanjung
– Keluasan Rumah : 750 KPS
– Harga : RM75,000
– Subsidi Pembinaan : RM20,000
– Jumlah Pinjaman : RM55,000
– Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun) : RM300
Pulau di Semenajung
– Keluasan Rumah : 750 KPS
– Harga : RM85,000
– Subsidi Pembinaan : RM20,000
– Jumlah Pinjaman : RM65,000
– Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun) : RM350
Sabah/Sarawak/Labuan
– Keluasan Rumah : 750 KPS
– Harga : RM75,000 – RM106,000
– Subsidi Pembinaan : RM20,000
– Jumlah Pinjaman : RM55,000 – RM86,500
– Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun) : RM300 – RM470
Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Tahun 2024 5

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan RMR :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tapak / tanah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohoan mestilah mendapat kebenaran pemilik
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)

Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan RMR :

Secara Online

  • Layari laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ atau https://spnb.com.my/
  • Klik pendaftaran baru dan isi borang dengan lengkap
  • Setelah itu, ID Login dan kata laluan akan dihantar ke emel yang didaftar
  • Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
  • Lengkapkan borang yang dikehendaki
  • Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
  • Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan

Secara Borang

  • Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan
Dokumen Yang Diperlukan Bagi Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang permohonan RMR :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

Jika bekerja sendiri:

  • Penyata bank 3 bulan terkini
  • Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  • Dokumen sokongan tambahan (jika ada)

Nota : Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan oleh Ketua Kampung / Pegawai Ikhtisas Kelas A.

Semakan Status Kelulusan Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Maklum balas bagi status permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakhluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Untuk pembinaan rumah, tempoh yang telah diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakhluk kepada terma dan syarat.

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang persoalan dan maklumat yang terperinci, sila hubungi RMR SPNB di talian berikut:

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort
Seksyen U2, 40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Telefon: 03-7849 2000 / 03-7849 2020 (Talian Am)
Emel: [email protected]

SENARAI CAWANGAN

Cawangan Kedah
No. 28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah
Telefon : 04-4500375 / 04-4500376
Faks : 04-4500379
Emel : [email protected]

Cawangan Melaka
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Telefon : 06-3369751 / 06-3369752
Faks : 06-3369753
Emel : [email protected]

Cawangan Negeri Sembilan
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300
Seremban, Negeri Sembilan
Telefon : 06-601 4498 / 06-6-1 4350
Faks : 06-601 3507

Cawangan Terengganu
No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda, Kompleks Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon : 09-6660010 / 09-6660054
Faks : 09-6627312
Emel : [email protected]

Cawangan Perak
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
Tel : 05-5264188 / 05-5263876
Faks : 05-5264319
E-mail : [email protected]

Cawangan Pahang
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel : 09-573 3222
Faks : 09-573 3666
E-mail : [email protected]

Cawangan Johor
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel : 07-2259900 / 07-2259911
Faks : 07-2223233
E-mail : [email protected]

Cawangan Kelantan
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Tel : 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
Faks : 09-7885545
E-mail : [email protected]

Cawangan Sarawak
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, 93050 Kuching, Sarawak.
Tel : 082-230032 / 082-240032
Faks : 082-230055
E-mail : [email protected]

Cawangan Sabah
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
Tel : 088-791610 / 088-791612
Faks : 088-791613
E-mail : [email protected]

Penafian

LaporanMediaSemasa tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Join Channel Whatsapp LMS 1
Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Tahun 2024 6

Leave a Comment