PERMAI: RM1000 Bagi PKS Negeri PKP dan RM500 Negeri Lain ~ GKP Tambahan 2021

pakej%2Bbantuan%2Bkhas%2B%25284%2529

Alhamdulillah, ini merupakan berita yang sangat 1baik kepada usahawan PKS. Semasa pengumuman Pakej Bantuan Khas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu lagi daya usaha khas iaitu GKP Tambahan 2021.

Join Telegram Rasmi Laporan Media Semasa: https://t.me/laporanmediasemasa

Kami dari Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda semua tentang info-info yang mengenai GKP Tambahan 2021

BANTUAN GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN

GKP Tambahan tersebut adalah merangkumi:

  • Bantuan Geran Khas Prihatin ini telah diperluas lagi kepada 500,000 usahawan PKS di 7 negeri di bawah PKP dengan bayaran berjumlah RM1,000.
  • Manakala 300,000 usahawan PKS di negeri yang tidak dikenakan PKP akan menerima RM500.

BACA JUGA: [BPR] : Bantuan RM350 Bagi Golongan Bujang 2021

INISIATIF 14: MENERUSKAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP TAMBAHAN 2021)

Semasa pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah memaklumkan bahawa bantuan kewangan sebanyak RM1,000 akan diberikan melalui Geran Khas Prihatin Tambahan yang diberikan kepada peniaga & penjaja di negeri Sabah.

Sehubungan dengan itu, kerajaan akan memperluaskan lagi bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan ini kepada 500 ribu PKS di tujuh negeri PKP dengan bayaran sebanyak RM1,000 ringgit, manakala 300 ribu PKS di negeri lain akan menerima sebanyak RM500 ringgit sahaja.

Namun yang sedemikian, sekiranya terdapat negeri yang berubah menjadi zon merah dan diisytiharkan PKP, kerajaan akan bersiap sedia untuk menyalurkan bantuan tambahan di negeri tersebut secara serta merta.

Leave a Comment