PERMAI: Moratorium Dan Pengurangan Ansuran Pinjaman ~ Pakej Bantuan Khas

pakej%2Bbantuan%2Bkhas%2B%25282%2529

Dalam tempoh pelaksanaan PKP ini, saya ingin menekankan bahawa bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan. Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan juga pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank-bank, seperti yang telah diumumkan sebelum ini. Bagi negeri-negeri yang dilanda banjir, 15 buah bank juga telah pun menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman.

image

Untuk setakat ini, lebih 1.3 juta peminjam telah melakukan permohonan serta telah menerima bantuan pembayaran, dengan kadar kelulusan sebanyak 95% bagi peminjam individu dan 99% bagi peminjam PKS. Hal ini tersebut membuktikan bahawa rakyat tidak perlu bimbang untuk menghubungi bank jika mereka memerlukan fleksibiliti pembayaran.

BACA JUGA: [BPR] : Bantuan RM350 Bagi Golongan Bujang 2021

Kepada anda sebagai peminjam yang menghadapi kesukaran berurusan dengan bank mereka, Bank Negara Malaysia serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, atau AKPK, bersedia untuk membantu dan memberi khidmat nasihat kepada anda melalui telefon atau secara dalam talian.


Sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan anda dan Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda dan sekeluarga.

Leave a Comment