KWSP Mendedahkan 5 Teknik Terkini Yang Digunakan Oleh Para Scammer i-Sinar – Ini Perkara Yang Perlu Anda Ketahui!


SEMAK%2BSEGERA%2521

NEW%2BLMS

Assalamualaikum semua, sila ambil perhatian dengan berita ini kepada semua ahli KWSP! Disebabkan pengeluaran simpanan Akaun-1 KWSP melalui i-Sinar sedang hangat diperkatakan. Oleh itu, sila pastikan anda sentiasa berhati-hati dengan segala tingkah laku scammer-scammer yang sedang bergiat aktif menjalankan modus berikut perandi mereka sekarang ini.

BACA JUGA: 

[TERKINI] Pembayaran i-Lestari Bermula Pada Januari 2021

Untuk perhatian anda semua, scammer ataupun penipuan secara online ini selalunya bijak dalam mencari peluang untuk melakukan “rompakan wang” mangsa dengan macam-macam cara secara di atas talian. Sebagai seorang pengguna, anda haruslah bijak dalam melakukan sebarang urusan dan pastikan jangan sampai anda terlibat dengan aktiviti yang dijalankan oleh scammer ini.

Melalui laman Facebook rasmi mereka telah memberi peringatan kepada para pengguna dengan beberapa jenis teknik-teknik sendiket scammer yang sedang berleluasa pada masa ini.

EMPAT JENIS SCAM i-Sinar KWSP

Berikut adalah merupakan empat jenis teknik scam yang sedang bergiat aktif dilakukan oleh para-para scammer di luar sana:

Panggilan Mengaku Sebagai Ejen KWSP

Jika anda mendapat panggilan / call daripada orang yang mengaku bahawa dirinya adalah merupakan seorang ejen kepada pihak KWSP dan ingin membantu dalam melakukan pengeluaran, sila abaikan serta terus putuskan talian telefon. Pihak KWSP tidak pernah melantik mana-mana ejen bagi melakukan pengurusan simpanan anda. Sila dapatkan info yang sahih serta lebih tepat hanya dari media sosial dan laman web rasmi KWSP. 


Sila laporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 8922 6000.

scam%2Bkwsp%2B1

Terima SMS Yang Mengandungi Nombor OTP

Anda masih lagi belum melakukan sebarang permohonan i-Sinar tetapi anda telah menerima SMS yang mengandungi nombor OTP? Berkemungkinan data peribadi anda sedang digunakan oleh pihak scammer. Jika perkara ini berlaku, sila laporkan ke talian hotline khas i-Sinar dengan kadar yang segera. Sila laporkan ke talian hotline khas i-Sinar di 03-89224848

scam%2Bkwsp%2B2

Dapat Panggilan Minta Kad Pengenalan / IC

Sekiranya anda sedang berhadapan dengan situasi ini, pastikan bahawa anda jangan panik! Sila semak terlebih dahulu dengan rakan-rakan ataupun orang yang anda percayai. Jangan langsung menjawab apa-apa pun soalan bagi mengelakkan daripada anda mengongsikan maklumat peribadi diri anda kepada scammer tersebut. Sila terus hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 8922 6000.

scam%2Bkwsp%2B3

SMS Palsu Berkaitan Status Permohonan

Sila ambil perhatian dan anda perlulah sentiasa berwaspada dengan SMS palsu yang berkenaan dengan status permohonan i-Sinar ini. Pihak KWSP tidak pernah lagi melantik mana-mana pihak ketiga bagi melakukan pengurusan wang simpanan KWSP anda.

scam%2Bkwsp%2B4

Aplikasi Palsu i-Sinar

AWAS! Jangan sesekali anda terpedaya dengan tipu helah manusia yang sangat tidak bertanggungjawab yang telah pun membina beberapa aplikasi kononnya seakan-akan hendak memberikan kemudahan maklumat mengenai i-Sinar KWSP. Pihak KWSP telah memberikan amaran ini kepada semua para pencarum pada media sosial Facebook KWSP agar anda tidak mudah untuk tertipu.

PERINGATAN MESRA BUAT PENCARUM

Bagi mengelakkan daripada anda semua tertipu dengan para scammer secara atas talian, sila pastikan bahawa anda sentiasa peka dengan peringatan berikut:

  • Sentiasa mengikuti perkembangan isu terkini KWSP daripada sumber yang sahih.
  • Info palsu daripada pihak ketiga bukan sahaja boleh mengelirukan malah ianya boleh mengancam privasi dan keselamatan akaun anda semua.
  • Hubungi talian yang tepat jika terdapat sebarang keraguan:
  • Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP – 03 8922 6000 atau;
  • Talian hotline khas i-Sinar – 03 8922 4848

Bersama-sama kita mencegah daripada terkena dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh para scammer. Sila pastikan bahawa anda tidak mendedahkan dengan mudah berkaitan dengan nombor OTP, Kad Pengenalan serta Maklumat Peribadi anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua orang!



Sumber: utusankerjaya.my

Leave a Comment