Kaedah Pembelian PIN UPU Di BSN Bagi Tahun 2024/2025

Kaedah Pembelian PIN UPU Di BSN – Setiap tahun permohonan kemasukan ke UA, Matrikulasi, Politeknik, ILKA, dan Kolej Komuniti dibuka kepada lepasan SPM, STPM dan setaraf. Pemohon yang berminat dikehendaki membuat pembelian nombor pin unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan bagi membuat permohonan.

Nombor pin UPU BSN ini sangat penting kerana setiap nombor ini mempunyai pin unik ID yang membolehkan akses kepada kepada borang permohonan online yang memerlukan pemohon mengisi maklumat permohonan, bidang dan institusi pilihan. Pin unik ini juga membolehkan para pelajar untuk memohon seperti di program peringkat diploma, sarjana muda, kemasukan ke UiTM, Kolej Matrikulasi, IPG dan lain-lain.

Untuk pengetahuan umum, harga nombor pin UPU BSN pada tahun ini adalah RM15.60 sama seperti tahun-tahun yang sebelum ini kecuali tiada caj/cukai dikenakan. Nombor pin UPU setiap pelajar adalah sulit dan tidak dibenarkan untuk dikongsikan sama sekali kepada orang lain.

Kaedah Pembelian Nombor Pin UPU Di BSN

Terdapat pelbagai cara untuk membuat pembelian nombor pin UPU di BSN. Berikut dikongsikan panduan lengkap bagi setiap kaedah untuk panduan umum.

Harga Nombor Unik ID UPU sebelum ini adalah RM10.60. Permohonan UPU Online untuk sesi akademik 2024/ 2025 bagi lepasan SPM adalah bermula 29 Februari 2024 hingga 29 Mac 2024 dan STPM/setaraf akan dibuka bermula dari tarikh yang sama.

Kaedah Pembelian Pin UPU Di BSN
Kaedah Pembelian PIN UPU Di BSN Bagi Tahun 2024/2025 10

Untuk perhatian pemohon, sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeli Nombor Pin UPU BSN terdekat dan kaedah pembelian Nombor Unik ID adalah secara individu seperti berikut:

  1. Pembelian Pin UPU BSN mulai 28 Februari sehingga 8 Jun 2024. Jualan Nombor Unik ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup permohonan
  2. Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet. Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet memerlukan pemohon/ ibu bapa memiliki Akaun myBSN
  3. Bayaran pembelian No. Unik ID sebanyak RM10.60 sahaja
  4. Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian
  5. Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan/ MyKad pemohon.
  6. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID.
  7. Jangan dedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT.
  8. Senarai semak permohonan UPUonline boleh dirujuk di perbandingan mengikut lepasan

Tengah Trending:

Senarai Program Pengajian Untuk Pembelian Pin UPU BSN

Berikut adalah senarai program pengajian melalui permohonan UPU online yang memerlukan pelajar untuk membeli Pin UPU BSN.

  1. Program Lepasan SPM/ setaraf
  2. Program Lepasan STPM/ setaraf
  3. Sarjana Muda Politeknik
  4. Pensijilan Kemahiran Malaysia

Pastikan No. Kad Pengenalan yang tertera dalam Slip No. Unik ID BSN adalah betul. Jika pemohon adalah Lepasan STPM/ Setaraf, No. Unik ID bermula dengan angka 13XXX. Dan jika pemohon adalah Lepasan SPM/ Setaraf , No. Unik ID bermula dengan angka 16XXX

Kaedah Pembelian Pin UPU Di BSN

Berikut dikongsikan cara-cara dalam membuat pembelian Nombor Pin Unik ID UPU di seluruh cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Malaysia.

1. Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

  • Pemohon boleh datang sendiri ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa kad pengenalan diri (MyKad) dan wang tunai untuk membuat pembayaran.
  • Salinan Kad Pengenalan / MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian Pin Unik ID UPU.

2. ATM (Automated Teller Machine)

Pembelian melalui ATM BSN memerlukan pemohon atau ibu bapa untuk mempunyai akaun GIRO BSN dan kad ATM BSN. Jika pemohon tidak mempunyai kad BSN, anda juga boleh memijam daripada ibu bapa, saudara dan sebagainya. Langkah pembelian adalah seperti berikut :

  • 1. Masukkan kad ATM dan nombor PIN
  • 2. Pilih Urusan : “Beli Pin”
Kaedah Pembelian Pin UPU Di BSN
Kaedah Pembelian PIN UPU Di BSN Bagi Tahun 2024/2025 11
  • 3. Pilih Jenis Permohonanan : “IPTA”.
  • 4. Pilih jenis program Contohnya “SPM” ataupun “STPM” atau lain-lain.
Kaedah Pembelian Pin UPU Di BSN
Kaedah Pembelian PIN UPU Di BSN Bagi Tahun 2024/2025 12
  • 5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Diri / My Kad pemohon. “YA” untuk meneruskan urusan
  • 6. Semak Maklumat pembelian Pin unik ID UPU. Klik “SETUJU” untuk meneruskan urusan. “BATAL” untuk membatalkan urusan.
Kaedah Pembelian Pin UPU Di BSN
Kaedah Pembelian PIN UPU Di BSN Bagi Tahun 2024/2025 13
  • 7. Resit dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan pada masa depan.

4. Perbankan Internet -MyBSN

Pemohon hendaklah mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN bagi mendaftar akaun perbankan internet myBSN. Setelah mendaftar, pemohon boleh membeli nombor PIN di bahagian perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:

  • 1. Log masuk ke dalam akaun
  • 2. Klik “Pin Purchase”
Kaedah Pembelian Pin UPU Di BSN
Kaedah Pembelian PIN UPU Di BSN Bagi Tahun 2024/2025 14
  • 3. Pilih Organization “UPU”
  • 4. Pilih Program “Lepasan SPM” atau “Lepasan STPM/setaraf”
  • 5. Isikan maklumat seterusnya dengan lengkap
Kaedah Pembelian Pin UPU Di BSN
Kaedah Pembelian PIN UPU Di BSN Bagi Tahun 2024/2025 15
Jenis Pembelian Pin UPU Di BSN

Selain pembelian PIN untuk Permohonan UPU, pin unik ID juga diperlukan untuk melibatkan urusan permohonan seperti berikut :-

  1. Program Matrikulasi KPM
  2. Melanjutkan pelajaran ke UiTM.selain melalui permohonan UPUonline
  3. Permohonan USM selain melalui permohonan UPUonline (seperti Diploma Kejururawatan, Saluran ALternatif, Program Pesisir dan sebagainya)
  4. Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
  5. Melanjutkan pelajaran ke UNISEL
  6. Majlis Peperiksaan Malaysia (MUET, STPM dan sebagainya)
  7. Permohonan Pinjaman PTPTN

Semoga perkongsian panduan cara membeli Nombor Pin UPU BSN boleh dijadikan panduan buat pemohon kemasukan ke UA/ IPTA melalui permohonan UPU online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan yang dihajati.

Join Channel Whatsapp LMS 1
Kaedah Pembelian PIN UPU Di BSN Bagi Tahun 2024/2025 16

Leave a Comment