Insentif RM2000 Penjawat Awam Akan Dibayar 23 Februari

Insentif RM2000 Penjawat Awam. Dalam usaha untuk memberikan sokongan kepada penjawat awam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000. Manfaat ini tidak hanya terhad kepada penjawat awam gred 56 ke bawah, malah merangkumi golongan kontrak. Pengumuman ini telah dibuat semasa pembentangan Bajet 2024, menandakan komitmen kerajaan untuk menghargai sumbangan penjawat awam.

Insentif RM2000 Penjawat Awam
Insentif RM2000 Penjawat Awam Akan Dibayar 23 Februari 6

Tujuan Insentif RM2000 Penjawat Awam

Untuk Pengetahuan anda, insentif RM2000 penjawat awam ini diperkenalkan sementara kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012. Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan. Pemberian Insentif RM2000 penjawat awam ini juga diambil untuk meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta memudahkan persiapan menghadapi Ramadan dan Syawal.

Jumlah Insentif Penjawat Awam

Berikut merupakan jumlah insentif yang akan disalurkan kepada mereka yang berada di sektor awam :

  1. Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam berjumlah RM2,000 akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah, termasuk lantikan kontrak.
  2. Insentif sebanyak RM1,000 juga diberikan kepada jawatan utama sektor awam, merangkumi pihak seperti polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata, dan seluruh anggota beruniform.
  3. Semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen juga menerima bayaran insentif RM1,000.

Baca Juga:

Tarikh Bayaran Insentif RM2000 Penjawat Awam

Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak, akan disalurkan pada 23 Februari ini. Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan pada hari ini 6 Februari 2024.

Menurut Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam

Insentif RM2000 Penjawat Awam
Insentif RM2000 Penjawat Awam Akan Dibayar 23 Februari 7

Kajian SSPA adalah inisiatif yang dijalankan sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12. Ia bermatlamat untuk memodenkan perkhidmatan awam agar lebih dinamik dan berprestasi tinggi. Dalam usaha mencapai objektif ini, SSPA akan menumpukan kepada beberapa aspek termasuk peningkatan efisiensi, pengurusan kos optimum, peningkatan produktiviti, dan peningkatan kesejahteraan penjawat awam.

Insentif RM2000 Penjawat Awam
Insentif RM2000 Penjawat Awam Akan Dibayar 23 Februari 8

Bagi mendapatkan maklumat terkini dan terperinci mengenai SSPA, pihak berkepentingan boleh melayari laman web semakansaraan.jpa.gov.my.

Leave a Comment