i-Sinar: Tarikh Pembayaran i-Sinar KWSP Bagi Kategori 1 untuk Bulan April

Tarikh%2BPembayaran%2Bi Sinar%2BKWSP%2BBagi%2BKategori%2B1%2Buntuk%2BBulan%2BApril


LMS%2Btele

Kepada semua pemohon i-Sinar bagi Kategori 1, sudah pasti ramai yang berasa sangat gembira kerana pihak kerajaan dan pihak KWSP sedang di dalam proses untuk melakukan pengreditan secara berperingkat daripada semasa ke semasa. Hal ini yang sedemikian adalah sedikit berbeza dengan pemohon i-Sinar bagi Kategori 2 tanpa syarat yang perlu untuk menunggu sehingga 8 Mac bagi mengetahui status permohonan mereka serta tarikh pembayaran permohonan mereka.

Seperti yang kita sudah sedia maklum berkenaan dengan pembayaran untuk bulan Mac i-Sinar bagi Kategori 2 telah pun diawalkan dan dijadualkan pembayaran tersebut pada penghujung bulan Februari yang telah pun bermula pada 24 Februari lepas.



Dalam hal ini juga ada lagi beberapa persoalan tentang bagaiman pula dengan pembayaran bagi bulan April? Adakah pembayaran tersebut akan di bayar awal seperti pembayaran bulan Mac? Atau pembayarannya tersebut akan dikreditkan pada bulan April seperti biasa?

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda berkenaan dengan maklumat terkini pembayaran i-Sinar bagi Kategori 1.

Bila Tarikh Pembayaran i-Sinar KWSP Kategori 1 Seterusnya?

Menurut satu kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di laman media sosial facebook, mereka ada menjelaskan tentang pembayaran i-Sinar Kategori 1 bulan April.

Menerusi poster serta perkongsian maklumat di media sosial rasmi tersebut, mereka menjelaskan bahawa permohonan i-Sinar yang telah diluluskan pada Januari 2021 (Kategori 1) bayaran bulan Mac akan diawalkan pada minggu akhir bulan Februari.

image

Maklumat Paling Penting Bagi Pembayaran Bulan April Nanti

Bagi pembayaran bulan April, yang paling penting sekali adalah penerima kategori 1 tidak akan menerima bayaran bulan April pada bulan Mac. Tetapi mereka akan menerima bayaran seperti biasa pada bulan April. Oleh yang sedemikian, hal ini bertujuan bagi memastikan urusan bagi kelulusan tanya syarat i-Sinar bagi bulan Mac akan berjalan dengan lancar.

Maklumat ini dapat dilihat melalui perkongsian yang telah dilakukan di laman Facebook KWSP.

image

Maklumat Yang Selanjutnya

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.

Bagi pertanyaan umum pula, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 – 8922 6000 atau melayari laman web rasmi www.kwsp.gov.my

Leave a Comment