i-Sinar: Pengeluaran i-Sinar tanpa syarat akan diumumkan pada minggu hadapan

TARIKH%2BPEMBAYARAN%2Bi LESTARI%2BKWSP%2BAKAN%2BDIKREDITKAN%2BMULAI%2B2%2BFEBRUARI%2B2021%2BSECARA%2BBERPERINGKAT%2B%252812%2529
image

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjangkakan akan mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat pada Isnin hadapan, ini berdasarkan sumber yang rapat dan sahih dengan perbincangan tersebut.

Tambahan pula daripada sumber Astro Awani tersebut, perbincangan masih lagi dijalankan bagi mencari jalan terhadap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar dapat menyediakan peruntukan bagi pengeluaran tanpa syarat.

“Beliau (Kementerian Kewangan) menyatakan veto supaya menyokong pelaksanaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. KWSP sedang membincangkan tentang jumlah sebenar pengeluaran i-Sinar tanpat syarat tersebut.



“Perkiraan awal telah mendapatai bahawa KWSP jangkakan akan memerlukan sebanyak RM108 billion berbanding sebelum ini hanya RM55 billion sahaja jika i-Sinar bersyarat,”kata sumber itu lagi.

Sumber berkaitan turut memaklumkan bahawa mesyuarat KWSP kini lebih tertumpu kepada strujtur pembayaran termasuklah sekiranya ia dibayar secara bersekali.

“Jika dilakukan bayaran sekali gus, KWSP perlu menarik beberapa pelaburan di luar negara untuk menyokong proses pembayaran tersebut,” kata sumber tersebut.

Astro Awani juga dimaklumkan bahawa KWSP juga sedang menelitikan pelaburan yang boleh ditarik semula untuk menjayakan inisiatif i-Sinar ini.

Sementara itu, sumber yang sama juga ada menafikan dakwaan kononnya pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif KWSP adalah disebabkan sangat tidak selari dengan hasrat daripada Menteri Kewangan.

Pihak daripada Astro Awani sedang menghubungi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk mendapatkan lebih pengesahan yang sahih untuk diumumkan pada minggu hadapan.

Sumber: Astro Awani

Leave a Comment