i-Sinar: Pemohon yang sedia ada akan diluluskan secara automatik ~ Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat

Pemohon%2Byang%2Bsedia%2Bada%2Bakan%2Bdiluluskan%2Bsecara%2Bautomatik%2BPermohonan%2Bi Sinar%2BTanpa%2BSyarat

LMS%2Btele

Alhamdulillah, pihak KWSP sekarang sedang di dalam proses untuk memansuhkan syarat-syarat i-Sinar tersebut. Walaubagaimanapun, pihak KWSP juga telah memaklumkan bahawa jumlah bagi pengeluaran dari Akaun 1 berserta jadual pembayaran maksimum selama 6 bulan adalah kekal dan bagi individu yang masih lagi belum melakukan permohonan i-Sinar buat masa ini masih boleh untuk membuat permohonan sehingga 30 Jun 2021.

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda semua berkenaan info lanjut pemansuhan i-Sinar tersebut di bawah:



Tujuan Pemansuhan Syarat i-Sinar

Pemansuhan syarati-Sinar tersebut diperkenalkan adalah bagi:

– Memberikan kemudahan pengeluaran kepada semua pemohon
– Membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 tertakluk kepada baik sedia ada.
– Kepada ahli yang telah membuat permohonan i-Sinar berdasarkan kriteria semasa tersebut, permohonan mereka tidak lama lagi akan diluluskan secara automatik (akan dimaklumkan) 

Jumlah Pengeluaran Kekal

Pihak KWSP telah memaklumkan bahawa jumlah bagi pengeluaran daripada Akaun 1 berserta jadual pembayaran maksimum adalah kekal seperti yang berikut:

– Kepada ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran tersebut akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh masa maksimum 6 bulan sahaja dengan pembayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000

– Kepada ahli yang mempunyai lebih daripada RM100,000 pula, mereka boleh melakukan pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka tersebut. Hal ini demikian jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sehingga RM60,000 sahaja. Pembayaran akaun tersebut juga akan dilakukan secara berperingkat di dalam tempoh masa maksimum 6 bulan dengan pembayaran pertama sehingga jumlah maksimum sebanyak RM10,000

Makluman Pemansuhan Syarat-Syarat i-Sinar


Seperti yang kita ketahui perubahan yang telah berlaku terhadap sistem serta proses dalaman i-Sinar Online tersebut, pihak KWSP memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakan pembaharuan baru ini. Diharapkan semua pemohon bersabar dan mendoakan semua urusan pihak KWSP tersebut akan berjalan dengan lancar.

Pihak KWSP akan melakukan pengumuman dalam masa yang terdekat, dan pihak kerajaan pula sangat menghargai kesabaran serta juga pertimbangan ahli sementara perubahan sistem ini sedang dilaksanakan.

Kepada ahli-ahli juga turut dinasihati supaya merujuk terhadap sumber yang sahih daripada pihak KWSP sendiri melalui saluran-saluran komunikasi rasminya dan sentiasa berwaspada serta berhati-hati dengan maklumat yang tidak sahih ini dan bertujuan untuk menipu, mengelirukan ahli serta menyusahkan ahli.

*Info terbaru pemasuhhan syarat i-Sinar akan dikemaskini.

image

image

Sekian terima kasih atas daripada perkongsian kami. Semoga dipermudahkan segala urusan tuan/puan.

Leave a Comment