i-Sinar KWSP: Tarikh Pembayaran i-Sinar Bagi Kategori 2 ~ Anda Wajid Tahu!

TARIKH%2BPEMBAYARAN%2Bi LESTARI%2BKWSP%2BAKAN%2BDIKREDITKAN%2BMULAI%2B2%2BFEBRUARI%2B2021%2BSECARA%2BBERPERINGKAT%2B%25289%2529

image


Apa yang kita ketahui baru-baru ini gempar satu berita bahawa pihak KWSP mengalami masalah teknikal pada paparan status i-Sinar Online. Namun begitu, sekarang anda sudah boleh untuk melakukan semakan status permohonan i-Sinar anda tersebut. Hal ini demikian berlaku akibat trafik yang sangat tinggi daripada para pemohon yang ingin untuk melakukan semakan status permohonan mereka.

Bermula dari semalam pada 8 Februari 2021, para pemohon i-Sinar KWSP bagi Kategori 2 sudah boleh untuk melakukan semakan status bagi mengetahui kelulusan permohonan mereka. Sudah pasti berita ini akan menggembirakan bagi segelintir pemohon yang sudah lama menantikan pengumuman ini.




Kami daripada Pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda tentang maklumat terkini tentang semakan i-Sinar bagi Kategori 2.

Cara Melakukan Semakan Status i-Sinar Bagi Kategori 2 Melalui Portal i-Sinar

1. Sila layari laman web rasmi https://isinar.kwsp.gov.my/
2. Skrol ke bawah dan tekan butang Semak Status
3. Isi maklumat yang akan dipaparkan
4. Kemudian, permohonan bagi status anda akan dipaparkan

image


Cara Melakukan Semakan Status i-Sinar Melalui i-Akaun

Semakan status i-Sinar boleh dilakukan menerusi aplikasi i-Akaun di telefon bimbit anda. Berikut kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda cara untuk melakukan semakan status i-Sinar.

1. Buka apps i-Akaun pada pautan https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
2. Login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan
3. Semak bahagian Permohonan Pengeluaran di inbox
4. Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan

image

Tarikh Bayaran i-Sinar Bagi Kategori 2

Berdasarkan apa yang telah dikongsikan di sosial media hasil daripada perbualan bersama dengan Elya KWSP. Di jangka bahawa pembayaran terhadap i-Sinar untuk kategori 2 akan dilakukan secara berperingkat bermula pada 25 Februari 2021 ini.

image


1. Status permohonan i-Sinar bagi kategori 2 akan dimaklumkan kepada ahli dalam dua ke tiga minggu selepas permohonan dibuat.

2. Pembayaran akan dilaksanakan sebelym akhir bulan berikutnya.

3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan.

4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct kredit) ke dalam akaun anda.

Untuk makluman selanjutnya yang berkaitan dengan permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-Sinar di laman web rasmi i-sinar.kwsp.gov.my

Leave a Comment