GKP 2.0: Terima Pembayaran GKP 2.0 pada 5 Februari ~ Semak Sekarang!

TARIKH%2BPEMBAYARAN%2Bi LESTARI%2BKWSP%2BAKAN%2BDIKREDITKAN%2BMULAI%2B2%2BFEBRUARI%2B2021%2BSECARA%2BBERPERINGKAT%2B%25287%2529

Untuk pengetahuan anda, makluman bagi pemohon rayuan Geran Khas Prihatin 2.0, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa Keputusan Rayuan GKP 2.0 boleh disemak di portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my/ bermula pada 4 FEBRUARI 2021.

Kepada yang berstatus LULUS, pembayaran akan dilakukan pada 5 FEBRUARI 2021.

image

Laman Laporan Media Semasa akan memaparkan kenyataan penuh daripada Menteri Kewangan, Tengku Zafrul yang beliau telah kongsikan melalui media sosial beliau hari ini.

BACA JUGA: RASMI: Bantuan Awal Persekolahan Sebanyak RM100 (BAP)

image

image

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda cara-cara untuk melakukan semakan status rayun GKP 2.0

BACA JUGA: i-Lestari: Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP akan dikreditkan awal bulan Februari 2021 ~ Semak Segera!

Cara Melakukan Semakan Status Rayuan GKP 2.0
Berikutnya cara untuk melakukan semakan status Geran Prihatin Khas (GKP2.0) ini secara online akan kami kongsikan di bawah:


1. Layari portal rasmi GKP melalui pautan https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
2. Klik Log Masuk
3. Masukkan ID Pengguna
4. Klik Butang Semak
5. Selepas berjaya Log Masuk, anda akan dipapar seperti berikut:
    – Nama

    – Nombor MyKad
    – Status Permohonan Anda
6. Status Permohonan serta kelulusan anda akan dipaparkan
7. Maklumat Pembayaran juga akan dipaparkan, sama ada pembayaran anda BERJAYA KREDIT atau pun GAGAL KREDIT.

Tarikh Bayaran GKP 2.0
    – Kepada pemohon yang LULUS, pembayaran akan dibuat pada 5 FEBRUARI 2021.

Jumlah Bayaran 
    – Jumlah bayaran tersebut adalah sama seperti GKP 1.0 sebelum ini iaitu sebanyak RM3,000 secara One-Off.

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan juga kepada anda tentang maklumat lanjut yang berkaitan dengan punca / kod Gagal Rayuan GKP 2.0.

BACA JUGA: [BPR 2021] Kemaskini & Cara Untuk Melakukan Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat Akan Dibuka Pada 15 Januari sehingga 15 Februari 2021

Alasan / Kod Gagal GKP 2.0
Berdasarkan LHDNM, pemohon yang gagal perlulah rujuk kod yang telah dinyatakan tersebut serta mengambil tindakan sewajarnya bagi membolehkan anda untuk melakukan rayuan baharu lagi. 

image

Sila ambil perhatian bahawa bantuan Geran Khas Prihatin 2.0 ini adalah dikhaskan untuk usahawan kecil dan sederhana sahaja yang belum menerima GKP sebelum ini.

Syarat-syarat lain bagi kelayakan GKP 2.0 adalah seperti yang berikut:

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
2. Masih aktif menjalankan perniagaan

3. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
4. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi daripada 4 orang, tidak termasuk pemilik perniagaan
5. Perniagaan mestilah berdaftar dengan LHDNM, SSM atau PBT sebelum atau pada 31 Ogos 2021

GKP Tambahan / GKP PERMAI 2021
Di dalam kenyataan rasmi Kementerian Kewangan, Tengku Zafrul sebelum ini turut mengingatkan bahawa tentang penambahan peruntukan GKP PERMAI yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Ia melibatkan seramai 500,000 PKS di tujuh negeri yang menjalankan PKP dengan bayaran RM1,000 manakala 300,000 PKS di negeri lain akan menerima RM500 sahaja.

Maklumat Selanjutnya
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk portal rasmi Geran Khas Prihatin LHDNM:

https://gkp.hasil.gov.my/ serta Media Sosial Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia

Dapatkan info bantuan terkini melalui channel telegram rasmi: https://t.me/laporanmediasemasa

Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda dan keluarga.

Leave a Comment