eKasih Tahun 2024 : Panduan Pendaftaran & Semakan Kelayakan

eKasih Tahun 2024 ~ Portal e-Kasih merupakan satu portal yang telah diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan negara.

Ia bagi membantu Kementerian atau Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan. Melalui sistem ini agihan bantuan kepada rakyat miskin juga lebih mudah untuk disampaikan.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel.

Pengenalan eKasih Tahun 2024

eKasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh Kementerian/Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.

Baca Juga:

eKasih Tahun 2024
eKasih Tahun 2024 : Panduan Pendaftaran & Semakan Kelayakan 6

Data Dalam Portal eKasih Tahun 2024

Sistem ini merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan seperti:

  • Profil individu
  • Bantuan yang diterima
  • Agensi pemberi bantuan
  • Permohonan bantuan
  • Pemantauan keberkesanan bantuan yang diterima.

Komponen data eKasih pula terdiri daripada maklumat Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang berikut:

  • Maklumat asas
  • Maklumat Lokasi
  • Maklumat Kediaman
  • Maklumat Pendidikan
  • Kemahiran dan Pekerjaan
  • Maklumat Pemilikan Harta
  • Maklumat Kesihatan
  • MaklumatPendapatan serta Bantuan.

Kaedah Pendaftaran eKasih Tahub 2024

Bagi anda yang ingin melakukan pendaftaran di bawah sistem e-Kasih ini anda boleh melakukannya dengan menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui:

  • telefon (rujuk gambar di bawah)
  • surat
  • e-mel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Semakan Status Permohonan eKasih Tahun 2024

Bagi anda yang telah berdaftar anda boleh melakukan semakan status permohonan secara online melalui portal eKasih dengan cara berikut:

  • Layari portal e-Kasih
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda
  • Tekan “Klik untuk carian”
eKasih Tahun 2024
eKasih Tahun 2024 : Panduan Pendaftaran & Semakan Kelayakan 7
Jenis Bantuan eKasih Tahun 2024

Melalui sistem e-Kasih ini, kerajaan akan mengagihkan bantuan kepada individu berkelayakan dengan mudah dan teratur. Berikut merupakan jenis bantuan yang diberikan berdasarkan data daripada eKasih:

1. Sumbangan SARA 2024

Jika nama anda tersenarai dalam senarai portal ini anda layak mendapat bantuan sara hidup bsh 2024 sehingga RM1,200 setahun.

2. Bantuan iSuri KWSP

Bagi individu yang berkelayakan di bawah sistem ini dan anda tersenarai dalam pengkalan data semakan kwsp suri rumah, secara automatiknya anda selaku isteri akan menerima pembayaran caruman KWSP suri rumah di bawah nama Program Sukarela Insentif (SURI).

3. Bantuan Ibu Tunggal & Warga Emas

Banyak bantuan diberikan kepada kelompok ibu tunggal dan orang tua yang berkelayakan berdasarkan senarai nama di bawah sistem semakan e-kasih ini

4. Bantuan OKU & Bantuan Anak Yatim

Setiap kali kerajaan mengumuman bantuan kepada golongan oku dan bantuan anak yatim, kebiasaanya mereka akan merujuk kepada senarai nama dalam pengkalan data e-Kasih untuk diberikan keutamaan dalam pembayaran bantuan terlebih dahulu.

5. Bantuan Persekolahan

Menjelang pembukaan sekolah, pelajar yang mana nama ibu bapanya lulus semakan e-Kasih 2024 mereka akan menerima bantuan persekolahan

6. Bantuan STR

Jika anda berdaftar denga e-Kasih 2024 permohonan STR anda akan lebih mudah lulus. Hanya perlu pastikan anda telah berdaftar untuk bantuan STR sahaja.

Maklumat Lanjut

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Penafian

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Join Channel Whatsapp LMS 1
eKasih Tahun 2024 : Panduan Pendaftaran & Semakan Kelayakan 8

Leave a Comment