Ebit Lew Sumbangkan 1,000 Cermin Mata Khas Untuk Pelajar Yang Memerlukan

TARIKH%2BPEMBAYARAN%2Bi LESTARI%2BKWSP%2BAKAN%2BDIKREDITKAN%2BMULAI%2B2%2BFEBRUARI%2B2021%2BSECARA%2BBERPERINGKAT%2B%252819%2529

image

Seperti mana yang kita ketahui dalam norma baharu ini, sistem pembelajaran semasa pandemik juga lebih kepada Online Learning. Hal ini demikian sebahagian pelajar yang menghadapi pembelajaran hanya dari hadapan skrin sahaja mungkin mengalami sedikit sakit mata akibat terlalu melihat skrin semasa sesi pembelajaran pada masa kini. 

Tidak Semua Pelajar Mampu

Namun, tidak semua pelajar berkemampuan untuk mempunyai cermin mata sendiri. Hal ini demikian kerana harga sebuah cermin mata bukan lah murah dan juga pasti ramai pelajar yang risaukan akan kesihatan mata masing-masing. Bukankah ini merupakan masalah serius yang perlu dititikberatkan?

Beberapa minit lepas, seorang pendakwah terkenal iaitu Ebit Lew telah memuat naik sebuah foto bahawa beliau ingin menyumbangkan 1,000 cermin mata. Beliau sangat bermurah hati kerana ingin memberikan sumbangan sebanyak 1,000 cermin mata kepada pelajar yang memerlukan di seluruh negara.

Ikuti perkongsian daripada kami berkenaan dengan gambar-gambar Ebit Lew memilih cermin mata tersebut.

image

image

image

“Beliau berkata mereka akan memberikan cermin mata tersebut ini mengikut dengan sekolah yang terpilih sahaja.”

Ebit Lew Sediakan Nombor Telefon 

Kepada guru atau pun wakil sekolah, anda boleh menghubungi ataupun WhatsApp 014-9255109. Semoga ini akan menjadi asbab kebaikan; katanya.

Sumber: FB Ebit Lew

Leave a Comment