Cara Untuk Melakukan Permohonan PSU3.0: Pekerja Terima Bantuan Sebanyak RM600 PERKESO

www.laporanmediasemasa.com%2B%25281%2529


Antara intipati yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri ketika perutusan khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia PERMAI baru-baru ini adalah Program Subsidi Upah PSU3.0 iaitu bantuan khas kepada pekerja yang akan menerima sebanyak RM600.

BACA JUGA: Info i-Sinar KWSP : Maklumat Terkini Tarikh, Status Serta Pembayaran Interim RM1,000 i-Sinar KWSP Kategori 2 ~ Anda Wajib Tahu

image

Program Subsidi Upah PSU3.0 ini dikawal selia oleh Pertubuhan Kebajikan Sosial PERKESO. Program tersebut bertujuan untuk membantu lebih ramai pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah sekaligus mengurangkan beban majikan pada era pandemik Covid-19, PKP dan darurat ini.

Seluruh lapisan masyarakat kini menyedari bahawa impak daripada pandemik Covid-19 ini telah banyak memberikan tamparan hebat kepada sektor ekonomi negara. Justeru itu, pelbagai bantuan akhirnya mula diumumkan dalam usaha mengekangkan daripada kemelesetan ekonomi ini terus parah.

BACA JUGA: BPN 2.0: Jadual Pembayaran Rasmi BPN 2.0 ~ Pembayaran Akan Bermula Hari Ini 21 Januari 2021

Perdana Menteri melalui pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat PRIHATIN telah mengumumkan bahawa Program Subsidi Upah PSU1.0 serta kemudian edisi 2.0 melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara PENJANA.

PENGENALAN PROGRAM SUBSIDI UPAH 3.0


Semasa perutusan khas PERMAI baru-baru ini, penambahbaikan telah diumumkan terhadap Program Subsidi Upah untuk meringankan beban majikan ekoran daripada PKP serta darurat tahun 2021 ini.

Jika semasa pembentangan Belanjawan 2021, PSU3.0 ini hanya berfokus terhadap sektor pelancongan serta peruncitan semata. Tetapi, selepas pengumuman PERMAI, PSU3.0 akan lebih menyeluruh ke seluruh sektor ekonomi yang terlibat dengan pelaksanaan PKP2.0.

BACA JUGA: [ BPR ] : Bantuan RM350 Bagi Golongan Bujang 2021

PERMOHONAN ONLINE PROGRAM SUBSIDI UPAH 3.0

  • Layari laman web https://prihatin.perkeso.gov.my/
  • Klik ‘Permohonan & Semakan’ di bahagian PSU
  • Klik butang ‘Permohonan Baru 3.0’
  • Pilih negeri perniagaan beroperasi dan klik butang ‘Halaman Seterusnya’
  • Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap
  • Muat naik dokumen sokongan
  • Setelah siap, klik butang ‘Hantar’

BACA JUGA: PERMAI: RM1000 Bagi PKS Negeri PKP dan RM500 Negeri Lain ~ GKP Tambahan 2021


TEMPOH PSU3.0 & TARIKH AKHIR PERMOHONAN

Pelaksanaan terhadap Program Subsidi Upah 3.0 ini adalah selama 1 bulan kepada majikan yang layak sahaja, bermula pada 19 Januari 2021.

Tarikh akhir permohonan yang boleh dibuat oleh majikan adalah pada 30 Jun 2021.

SYARAT KELAYAKAN PSU3.0

  • Pekerja tempatan yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah
  • Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020 / 2021 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • Majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  • Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021.
  • Kepada majikan yang menerima bantuan tersebut, mereka disyaratkan untuk mengekalkan semua pekerja mereka yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. Majikan dibenarkan untuk mengurangkan waktu bekerja ataupun pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja.

Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda dan keluarga.

Leave a Comment