Cara Tebus Telefon Pintar YES Prihatin & Data Percuma Untuk B40

laporanmediasemasa.com

Sebelum ini, adakah anda semua masih ingat berkenaan dengan Program Jaringan Prihatin B40 yang telah diumumkan di dalam Belanjawan 2021 pada November tahun lalu?


Semasa pembentangan Belanjawan 2021 tersebut, kerajaan telah pun mengumumkan inisiatif Jaringan Prihatin bagi 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Demikianlah bahawa bantuan ini merupakan perkhidmatan internet data dan pembelian peranti mudah alih untuk anda semua. Kepada para penerima BPR boleh lah untuk melakukan pendaftaran untuk menerima bantuan Jaringan Prihatin melalui 12 syarikat telekomunikasi yang ada menawarkan pelan ini kepada golongan B40 yang berstatus layak sahaja.


Untuk makluman anda semua bahawa YES bekerjasama dengan pihak Shopee di dalam Program Jaringan Prihatin ini bagi menawarkan telefon pintar dan juga data percuma kepada golongan B40. BUkan itu sahaja, penerima juga akan diberikan akses untuk pelbagai kandungan pendidikan Learn-From-Home Yayaysan YTL secara percuma sahaja selama setahun tanpa sebarang bayaran.

Sertai Channel Telegram kami sekarang: t.me/laporanmediasemasa

image

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda semua berkenaan dengan maklumat lanjut bagi penebusan telefon pintar dan data percuma YES.


Semakan YES Prihatin

YES menawarkan kemudahan berikut kepada pemohon yang layak sahaja:


Belajar dari rumah keluarga
  1. Telefon pintar percuma
  2. Data 30GB percuma setiap bulan
  3. Baucar sebanyak RM50 dari shopee
  4. Aplikasi pendidikan
  5. Tempoh sah hanya 12 bulan

Belajar dari rumah individu
  1. Telefon pintar percuma bagi satu individu
  2. Data 15GB percuma bagi setiap bulan
  3. Baucar sebanyak RM50 shopee
  4. Aplikasi pendidikan
  5. Tempoh sah hanya 12 bulan

Syarat Kelayakan

Promosi ini adalah hanya bagi rakyat:
  1. Golongan B40
  2. Isi rumah yang berpendapatan di bawah RM4,850

Daripada pihak YES pula akan melakukan semakan secara lanjut selepas sahaja permohonan anda diterima oleh pihak YES. Hal ini demikian kerana mereka akan pastikan hanya golongan B40 sahaja yang menerima bantuan ini.

Cara Untuk Daftar YES Prihatin

Sekiranya anda terdiri daripada golongan B40, anda boleh melakukan tuntuan tersebut dengan langkah mudah sahaja seperti yang berikut:

  1. Anda boleh pergi ke lama https://shopee.com.my/m/yes-jaringan-prihatin
  2. Sila klik pada “TUNTUT SEKARANG”
  3. Sila isikan butiran penuh anda di halaman Jaringan Prihatin dengan YES serta hantrakan permohonan anda.
  4. Selepas itu, sila tunggu status permohonan anda. Jika anda berjaya, anda akan menerima sebuah telefon pintar serta data percuma daripada pihak YES.

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa ingin mendoakan semoga anda berjaya di dalam tempoh permohonan anda untuk YES Prihatin Smartphone B40 ini. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda dan saudara mara anda yang masih belum memohon bantuan kerajaan ini. Terima kasih.

Sumber: portalinfo.my

Leave a Comment