Cara Memohon Program Bantuan Ibu Tunggal RM100 ~ iSejahtera

CARA 2BMOHON 2BiSejahtera 2Bprogram 2Bbantuan 2Bibu 2Btunggal


Untuk pengetahuan anda semua bahawa Program Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera ini menawarkan sumbangan wang sebanyak RM100 setahun sekali sahaja. Apabila si ibu Tunggal meninggal dunia, sumbangan wang sebanyak RM1000 secara one-off diberikan langsung kepada waris Ibu Tunggal tersebut.

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda maklumat yang lebih terperinci berkenaan dengan bantuan ini.


Join Channel Telegram Rasmi Berkenaan Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/laporanmediasemasa

Apakah syarat-syarat permohonan?

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
2. Telah pun berdaftar sebagai pengundi didalam sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Pulau Pinang.
3. Individu yang telah bercerai atau kematian suami.
4. Individu yang berumur bawah 60 tahun ke atas semasa mendaftar.
5. Tidak berkahwin semula; sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada Pejabat Daerah. Kegagalan untuk berbuat sedemikian adalah satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini.

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan kad pengenalan pemohon cew2 23 3 k
  2. Salinan kad pengenalan / sijil kelahiran salah seorang anak
  3. Salinan kad pengenalan waris / penerima khairat
  4. Salinan sijil kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan
  5. Salinan muka depan buku bank / penyata bank / cetakan pengesahan akaun / penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan juga nombor akaun pemohon
  6. Salinan semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)


Jumlah Bantuan Yang Akan Diterima

  1. Sumbangan wang sebanyak RM100 setahun sekali
  2. Sumbangan wang sebanyak RM1000 secara one-off diberikan kepada wais ibu tunggal tersebut

Bila Tarikh Pembayaran Bantuan Ibu Tunggal?

  1. Pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat kepada penerima yang layak sahaja.

Bagaimana Cara Pendaftaran Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera?

  1. Pemohon yang ingin memohon Bantuan Ibu Tunggal dipersilakan untuk mendaftar secara atas talian (online)
  2. Permohonan manual juga boleh dilakukan dengan mengisi borang pendaftaran yang akan diberikan secara percuma serta ianya boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR & kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.


Untuk permohonan online pula, anda boleh melakukan pendaftaran di https://isejahtera.penang.gov.my

Bagaimana Untuk Melakukan Semakan Status?

Status Pendaftaran boleh disemak melalui sistem iSejahtera atau pun dengan menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699/5700 ataupun Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing.

Untuk maklumat yang selanjutnya, sila rujuk laman web rasmi iSejahtera pada pautan berikut: https://isejahtera.penang.gov.my/hubungi.php

Sumber: portalinfo.my

Leave a Comment