BPR ~ Adakah perlu kemaskini data peribadi anda untuk memohon Bantuan Prihatin Rakyat

BPR%2B%25281%2529

Ramai yang bertanya adakah perlu untuk kemaskini data peribadi anda untuk memohon Bantuan Prihatin Rakyat?

Kami dari laman Laporan Media Semasa akan menjelaskan kepada anda semua bahawa sekiranya anda salah seorang daripada penerima BRIM/BSH, anda tidak perlu untuk melakukan kemaskini data anda tersebut.

TELEGRAM%2BLMS

Sewaktu anda melakukan permohonan bantuan BRIM/BSH sebelum ini, sekiranya data yang sama masih anda gunakan sehingga sekarang seperti status anda, nombor telefon, akaun bank dan lain-lain. Sama sekali anda langsung tidak perlu melakukan sebarang kemaskini untuk melakukan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat tersebut. Hal ini demikian kerana sistem BPR akan mengambil data daripada BRIM/BSH sebelum ini.

BACA JUGA: BPR: Kadar Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 Yang Dibayar Pada Penghujung Februari 2021

Melainkan sebelum ini anda menerima BRIM/BSH semasa anda berstatus:

  • bujang
  • telah berkahwin
  • anda telah berkahwin sebelum ini tetapi telah bercerai
  • ada penambahan ahli keluarga
  • ada sebarang pertukaran nombor akaun bank anda


anda wajib untuk untuk melakukan kemaskini semula status anda.

BACA JUGA: BPR : Bantuan RM350 Bagi Golongan Bujang 2021

Sekiranya anda bukan salah seorang daripada penerima BRIM/BSH sebelum ini, anda wajib untuk membuat permohonan baru bagi tujuan untuk memohon Bantuan Prihatin Rakyat tersebut.

Jika anda belum melakukan permohonan baharu untuk Bantuan Prihatin Rakyat, anda boleh layari portal rasmi ini untuk membuat permohonan baharu: https://bpr.hasil.gov.my/PermohonanBPR.aspx

Kepada anda semua yang telah membaca apa yang saya telah jelaskan di atas ini, saya berharap agar dapat mengurangkan kekeliruan anda sama ada perlu kemaskini ataupun tidak.


Jangan lupa untuk sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan anda dan Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan keluarga.

Leave a Comment