Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Bagi Fasa 2 dijangka akan masuk sebelum Perayaan Aidilfitri

Bantuan%2BPrihatin%2BRakyat%2BFasa%2B2%2BDijangka%2BMasuk%2BSebelum%2BAidilfitri

image

Sejak kebelakangan ini, heboh lagi satu berita mengenai pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat bagi Fasa 2. Hal ini demikian berlaku disebabkan tarikh pembayaran tersebut semakin hari semakin dekat.

Ketika pengumuman bagi pembayaran Fasa 1 yang lalu tersebut iaitu pada bulan Februari. Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz ada menyatakan bahawa bagi pembayaran Fasa 2 tersebut akan bermula pada bulan Mei ini.

Kenyataan Berita

Pihak TV3 juga ada menganggarkan bahawa pembayaran BPR bagi Fasa 2 akan dilaksanakan sebelum perayaan Aidilfitri. Oleh yang sedemikian, anda boleh lihat perkongsian gambar di bawah yang lebih menjelaskan secara visual berkenaan dengan tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Gambar di bawah tersebut menyatakan bahawa pembayaran akan dilakukan sebelum perayaan Aidilfitri nanti.


Berita%2BBPR%2BFasa%2B2

Jumlah Kadar Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Mengikut Pendapatan

Kategori 1

– Bantuan ini diberikan kepada pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan ke bawah.
– Bantuan berjumlah RM1,200 bagi yang mempunyai tidak lebih daripada 1 orang anak.
– Bantuan berjumlah RM1,800 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang anak atau lebih.

Kategori 2

– Bantuan ini diberikan kepada yang berpendapatan isi rumah RM2,501 sehingga RM4,000
– Bantuan berjumlah RM800 bagi yang mempunyai satu orang anak.
– Bantuan berjumlah RM1,200 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang anak atau lebih.

Kategori 3

– Bantuan ini akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM2,500 ke bawah.
– Bantuan berjumlah RM500 bagi mereka yang mempunyai 1 orang anak.
– Bantuan berjumlah RM700 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang anak atau pun lebih.

Kategori Bujang

– Bantuan ini akan diberikan kepada Bujang yang berpendapatan RM2,500 ke bawah
– Terbuka kepada bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas.

– Jumlah bantuan yang akan di terima adalah sebanyak RM350 seorang.

Leave a Comment