Bantuan Barangan Dapur RM300 Bagi Seluruh Rakyat Malaysia

BPR%2BFASA%2B3%2B%25281%2529

image

Sejak Program Subsidi Upah (PSU) diperkenalkan oleh pihak kerajaan tersebut telahpun membelanjakan sebanyak lebih 15 bilion ringgit bagi tujuan untuk membantu semua majikan bagi membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja.

Hal ini disebabkan respon yang positif berhubung dengan program ini, pihak kerajaan telahpun bersetuju bagi melancarkan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion ringgit. Hal ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 2.5 juta pekerja.


Oleh yang sedemikian, dengan melalui inisiatif PSU 4.0 ini pihak kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja untuk setiap majikan bagi tujuan agar dapat membantu golongan majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19. Hal ini supaya dapat meneruskan lagi operasi syarikat serta mengelakkan para pekerja yang hilang pekerjaan serta punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda mengenai segala maklumat yang berkaitan dengan bantuan Program Subsidi Upah 4.0 dan RM600 untuk pekerja di Malaysia ini.

Melalui bantuan PSU 4.0 ini, pihak kerajaan akan menampung:

  1. 500 pekerja setiap majikan.
  2. Kadar bayaran RM600 bagi setiap pekerja.
  3. Bayaran adalah bagi tempoh 4 bulan yang mana dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN dan juga 2 bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan di dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti.

Jika sebelum ini pelaksanaan PSU disyaratkan dengan had gaji di bawah RM4,000 sahaja, namun yang sedemikian melalui bantuan PSU 4.0 kali ini:

  1. Tiada had gaji ditetapkan.
  2. Pihak majikan boleh memohon PSU 4.0 untuk setap pekerja yang bergaji lebih daripada RM4,000

__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat dengan artikel ini:

__________________________________________________________________________


Cara Memohon Bantuan RM600

Untuk makluman anda semua bahawa bagi setiap permohonan mestilah dilakukan oleh pihak majikan anda. Kepada majikan yang ingin melakukan permohonan PSU 4.0 untuk mendapatkan bayaran untuk pekerja boleh ikuti seperti langkah yang berikut:

  1. Permohonan boleh dikemukakan secara online – KLIK DI SINI
  2. Pihak majikan akan menerima nombor rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah di isi pada pautan https://prihatin.perkeso.gov.my/ dan seterusnya anda boleh menyemak status permohonan menggunakan nombor rujukan yang diberikan.
  3. Senarai nama majikan yang telah diluluskan permohonan PSU boleh di semak di https://www.myfuturejobs.gov.my/ termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.



Oleh itu, untuk mendapatkan panduan yang lebih terperinci. Anda boleh rujuk panduan Program Subsidi Upah 3.0 yang lalu. Maklumat lanjut berkaitan PSU 4.0 akan menyusul setelah mendapat makluman yang baharu.

image

Sumber: blogrojak.com

Leave a Comment