Bantuan Awal Persekolahan RM150 Dibayar Pada Bulan Ini!

Bantuan Awal Persekolahan RM150 ~ Bayaran Bantuan Awal Persekolahann (BAP) sebanyak RM150 untuk murid tahun 1 akan diagihkan bermula 10 Mac 2024 bagi yang layak.

Bayaran akan diagihkan kepada mereka yang layak menerusi sekolah dan disalurkan terus kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

Kementerian Pendidikan memaklumkan, sebanyak RM788.13 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 khusus untuk BAP.

Berikut dikongsikan maklumat penuh berkenaan bantuan ini.

Bantuan Awal Persekolahan RM150

Bantuan tunai yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Awal Persekolahan atau BAP. Bantuan ini pada asasnya melibatkan sumbangan tunai sebanyak RM150 secara ‘one-off’ kepada setiap murid sekolah darjah 1 sehingga tingkatan 5.

Menariknya, bantuan ini diberikan kepada semua murid tanpa mengira pendapatan ibu bapa atau penjaga. Oleh itu, jika sebuah keluarga itu mempunyai 4 orang anak yang sedang bersekolah, maka jumlah keseluruhan BAP yang diterima adalah sebanyak RM600.

Dalam anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan untuk Kementerian Pendidikan, sejumlah RM788,130,000 diperuntukkan untuk Bantuan Awal Persekolahan 2024. Pihak Kerajaan memperuntukkan lebih RM788 juta berbanding RM450 juta tahun lalu bagi pelaksanaan bantuan ini.

Bantuan Awal Persekolahan RM150
Bantuan Awal Persekolahan RM150 Dibayar Pada Bulan Ini! 5

Tengah Trending:

Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan RM150

Kerajaan Malaysia telah menetapkan beberap syarat untuk dipenuhi sebelum diberikan kepada mereka yang layak. Untuk kelayakan bantuan awal persekolahan 2024 adalah seperti dibawah :

  • Murid Warganegara Malaysia
  • Murid tahun 1 hingga tingkatan 5 atau yang setaraf dengan bagi Sesi Persekolahan 2023/2024
  • Murid yang bersekolah di:
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney
    • Sekolah Rendah Sains MARA
    • Maktab Tentera Diraja

Kaedah Bayaran Bantuan Awal Persekolahan RM150

Pembayaran bantuan ini dibuat pada bulan Januari 2024. Manakala, bagi pelajar baru Tahun 1 dan Tingkatan 1, pembayaran akan dibuat pada bulan Mac 2024.

Kaedah pembayaran akan dibuat melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

“KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” kata kementerian.

Selain itu, pihak Kerajaan turut bersetuju menaikkan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada RM784 juta berbanding RM625 juta tahun lalu.

Peruntukan bagi elaun murid berkeperluan khas juga dinaikkan kepada RM199 juta berbanding RM181 juta pada tahun sebelumnya.

Tarikh Bayaran Bantuan Awal Persekolahan RM150

Pihak sekolah akan menerima peruntukkan pada seawal 11 Januari 2024 dan dimohon untuk membuat agihan bantuan sekolah tersebut kepada murid dengan kadar segera selepas peruntukkan diterima oleh sekolah.

Manakala untuk murid tahun 1 untuk sesi pengambilan persekolahan 2024/2025 akan disalurkan pada 10 Mac 2024.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Bantuan Awal Persekolahan RM150, sila ke pautan rasmi di Portal Rasmi Belanjawan 2024 – DI SINI.

Soalan lazim (FAQ) berkaitan dengan Bantuan Awal Persekolahan boleh klik – DI SINI.

Penafian

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Chаnnеl Whatsapp Rasmi untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Join Channel Whatsapp LMS 1
Bantuan Awal Persekolahan RM150 Dibayar Pada Bulan Ini! 6

Leave a Comment