Bantuan Am Persekutuan sehingga RM350/sebulan, Tahun 2021

Bantuan 2BAm 2BPersekutuan 2BRM350


LMS 2BSeptember 2B2021
Seperti yang sedia maklum bahawa melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan Am Persekutuan ini adalah salah satu daripada bantuan yang diberikan untuk membantu menampung perbelanjaan harian klien atau pun keluarga.

Dengan melalui bantuan ini, mereka yang layak sahaja boleh menerima bantuan kewangan bulanan sebanyak RM100/sebulan seorang dan maksimum RM350/sebulan sekeluarga.


Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda mengenai maklumat yang selanjutnya berkenaan dengan bantuan ini: 

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain

Anda boleh rujuk mengenai tentang syarat-syarat dengan lebih terperinci di Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berdekatan dengan tempat anda.

Cara Untuk Melakukan Permohonan

Kepada mereka yang ingin untuk melakukan permohonan, permohonan ini boleh dilakukan di mana-mana cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dengan mengis borang permohonan yang disediakan.


KLIK DI SINI untuk mendapatkan borang permohonan atau dapatkan di Pejabat JKM yang berdekatan dengan tempat anda.

Untuk memudahkan proses permohonan tersebut, pemohon di minta untuk membawa dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan seperti yang berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (sekiranya ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

Selain daripada itu, permohonan ini juga boleh dilakukan di atas talian (online) di portal rasmi: eBantuanJKM

Walaubagaimanapun, pemohon dikehendaki untuk hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah di mana yang dipohon dalam tempoh masa 14 hari dari permohonan dilakukan di atas talian.

Sekiranya anda gagal untuk berbuat sedemikian, ini akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Untuk maklumat skim bantuan ini secara rasmi, anda boleh rujuk DI SINI

SUMBER: berikerja.com.my

Leave a Comment