Akhirnya! Belanjawan 2021 Lulus 111 berbalas 108 Undi ~ RM10,000 & Moratorium Masih Dipertikai

BELANJAWAN%2B2021

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 akhirnya telah pun diluluskan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut dari Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, hanya seorang sahaja Ahli Parlimen yang tidak hadir dan tidak mengundi.


KEPUTUSAN PENGUNDIAN BELANJAWAN 2021


“Keputusan undian belah bahagian bagi RUU Perbekalan 2021 adalah bersetuju sebanyak 111 manakala tidak bersetuju sebanyak 108 dan bagi yang tidak hadir hanya satu sahaja,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

RUU Belanjawan 2021 diluluskan dengan majoriti tipis tiga Ahli Parlimen setelah perbentangan pada bacaan kali ketiga.

RUU ini sudah diluluskan di peringkat dasar pada 26 November lalu mengikuti undian suara majoriti, namun melalui banyak laluan sukar di peringkat jawatankuasa walaupun semua 27 kementerian telah pun diluluskan.



PERUNTUKAN RM322.5 BILION

Daripada 27 kementerian itu, sebanyak 18 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa dengan undian suara majoriti manakala 9 lagi kementerian melalui undian belah bahagian.

Pada 6 November lalu, kerajaan PN memperuntukan sebanyak RM322.5 bilion dalam Belanjawan 2021.

Daripada jumlah ini, sebanyak RM236.5 bilion akan diserahkan untuk perbelanjaan mengurus (OE) dan RM69 bilion untuk perbelanjaan pembangunan (DE).

Berbaki RM17 bilion untuk Kumpulan Wang Covid-19. 

Sumber: mingguankerjaya.my

Leave a Comment